Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kes penipuan internet yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan mengeja. Melalui aktiviti kuiz atas talian, minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dapat dipupuk.
Laporan Disember – KDB (Penipuan internet), latihan menaip dan membina perkataan menggunakan microsoft word & kuiz online
Tarikh : 7 Disember 2018 Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Matlamat kelas pada minggu ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kes penipuan internet yang sering berlaku dewasa ini. Selain itu, peserta akan dapat menambah pengetahuan asas komputer dan microsoft word serta dapat meningkatkan kemahiran menaip dan mengeja. Melalui aktiviti kuiz atas talian, minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dapat dipupuk.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Internet”. Petugas memberi ulasan tentang video tersebut kepada para peserta agar mereka lebih memahami perilaku sendiket penipuan di internet. Petugas mengingatkan kepada para peserta supaya berhati-hati agar dapat menghindarkan diri daripada menjadi mangsa. Seterusnya, petugas membahagikan peserta kepada empat kumpulan. Mereka telah diberi perkataan di skrin LCD dan diminta untuk membina perkataan lain daripada perkataan yang telah diberi. Mereka diminta untuk menaip perkataan yang diperoleh di microsoft word. Kumpulan yang dapat membina paling banyak perkataan dikira sebagai pemenang. Selepas aktiviti itu, para peserta diajak membuat latih tubi pelajaran dengan bermain kuiz online berkaitan subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains.