mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Sebenarnya.my dan multimedia : mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS6

54436422 1490391494424994 2357440431320465408 n

54436422 1490391494424994 2357440431320465408 n

Kelas pada kali ini diadakan dengan matlamat untuk memperkenalkan kepada peserta tentang portal sebenarnya.my. Peserta juga telah didedahkan tentang perisian yang sangat berguna untuk mengedit gambar iaitu Adobe Photoshop CS6.

Laporan Mac – KDB : Sebenarnya.my dan multimedia :  mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS6

Tarikh   : 16 Mac 2019

Masa     :2.30 petang – 5.00 petang 

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

Tujuan

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan portal sebenarnya.my yang diwujudkan untuk pengguna menyemak kesahihan maklumat di internet. Selain ittu, peserta dapat mengasah kemahiran menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mereka akan menjadi kreatif mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS6. Kelas yang diadakan juga berupaya memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dan memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Pekan Samarahan. Dalam masa yang sama, petugas dapat mempromosikan aktiviti PI serta menambah keahlian PI Pekan Samarahan yang sedia ada.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Sebenarnya.my”. Peserta diberi penerangan oleh petugas tentang kegunaan portal tersebut yang diwujudkan untuk pengguna alam maya menyemak sebarang maklumat yang diperolehi di internet sama ada benar atau sebaliknya. Petugas PI menjelaskan kepada para peserta kesan negatif yang akan berlaku sekiranya peserta menyebarkan berita palsu di internet. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian Adobe Photoshop CS6. Peserta diminta membuat biodata diri menggunakan perisian itu. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar, cara memotong latar belakang gambar dan cara memindahkan gambar ke latar belakang yang baru. Peserta turut diajar cara memasukkan dan mencantikkan tulisan. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam bentuk JPEG. Kesemua hasil kerja para peserta telah dimuatnaik di youtube pada capaian berikut (https://www.youtube.com/watch?v=onTwLJb9N-g).