Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak. Selain itu, ianya dapat memberi kesedaran kepada peserta agar berhati-hati sebelum membuat perkongsian maklumat di media sosial agar tidak memuat naik maklumat yang tidak benar.
Laporan Febuari – KDB : Tidak pasti jangan kongsi dan latihan membuat video menggunakan Windows Movie Maker
Tarikh : 16 Febuari 2019 Masa : 2.30 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya berkongsi maklumat yang tidak benar di internet. Sikap peka di kalangan peserta agar menyelidik sebarang maklumat yang diperoleh di internet sebelum membuat perkongsian tentang maklumat tersebut dapat disemai. Selain itu, penyertaan mereka dalam kelas minggu ini dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang komputer dan perisian Windows Movie Maker. Dalam masa yang sama, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat dipupuk malahan petugas PI berkesempatan untuk mempromosi aktiviti PI yang akan diadakan pada masa akan datang.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “Tidak Pasti Jangan Kongsi”. Peserta diingatkan bahawa tidak semua maklumat yang dipaparkan di internet adalah benar justeru mereka haruslah menyelidik dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum bertindak berkongsi maklumat itu dengan orang lain. Seterusnya, peserta diajak menonton video-video di youtube yang telah dihasilkan menggunakan Windows Movie Maker. Peserta diberi latihan membuat video menggunakan perisian itu. Petugas PI memberi tunjuk ajar cara untuk menghasilkan video yang menarik. Peserta diajar cara memuat turun lagu di internet, cara memasukkan gambar dan tajuk video dan cara menyimpan video yang telah siap dibuat. Akhir sekali, video yang telah dibuat oleh para peserta telah dimuatnaik di dalam youtube.