Meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dan menarik minat peserta untuk mengulangkaji pelajaran menggunakan portal e-pembelajaran.
Laporan Mac – KDB : Waspada dengan individu yang baru dikenali di laman sosial, Microsoft Word : Latihan menaip karangan dan e-Pembelajaran : Kuiz Bahasa Melayu, sains, sejarah dan matematik
Tarikh : 26 Mac 2019 Masa : 2.00 Petang – 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan kesedaran peserta agar tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di laman sosial. Dalam masa yang sama, kemahiran peserta dalam menaip dapat dilatih. Minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI dapat dipupuk seterusnya memudahkan petugas untuk mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB tentang “waspada dengan individu yang baru dikenali di laman sosial”. Penayangan video itu dapat memberi kesedaran kepada peserta kesan negatif sekiranya terlalu mudah mempercayai orang yang baru dikenali di laman sosial. Hal ini demikian kerana terdapat individu yang suka menggunakan identiti palsu di laman sosial untuk memperdaya orang lain. Pada bahagian kedua kelas, petugas memberikan latihan kepada peserta untuk menaip karangan menggunakan microsoft word. Petugas membimbing peserta cara membuat tajuk menggunakan “word art”, cara menukar jenis dan saiz tulisan, cara memasukkan gambar dan lain-lain lagi. Setelah selesai menaip karangan, peserta diajak membuat ulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz atas talian. Antara subjek yang diulangkaji melalui aktiviti itu adalah subjek matematik, sejarah, bahasa melayu dan sains.