Klik Dengan Bijak (Word Search Puzzle)

Laporan Aktiviti | 7 July 2018

Tarikh    : 7 Julai 2018

Masa     : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan 

Memupuk pengetahuan pelajar tentang penggunaan internet yang betul. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Mempromosikan aktiviti di Pusat Internet yang bakal diadakan kepada peserta. Melatih dan menguji minda peserta untuk menjawab soalan melalui kuiz yang diberikan. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di Pusat Internet.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkaitan dengan klik dengan bijak ketika menggunakan internet kepada para peserta. Para peserta diminta menyelesaikan teka silang kata yang diberi berkenaan dengan kdb. Petugas menerangkan mengenai maksud perkataan yang susah kepada peserta. Aktiviti ini menguji minda para peserta berkenaan ICT dan juga KDB. Permakahan akan dinilai sendiri secara online.