mcmc
Maklumat Setempat

KDB : Buli siber dan kelas asas ICT untuk ahli PI yang baru

56424388 1500168316780645 5277775161876021248 n

Melatih ahli baru PI agar celik IT. Petugas memberi bimbingan dan latihan kepada mereka menggunakan microsoft office word.

Laporan April – KDB : Buli siber dan kelas asas ICT untuk ahli PI yang baru

Tarikh    : 5 April 2019

Masa     : 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 4 Orang

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft office word. 

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk buli siber.  Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa buli siber. Selepas itu, petugas mengajar ahli PI yang baru tentang microsoft office word. Mereka diminta membuat latihan menaip teks yang telah disediakan oleh petugas. Dalam masa yang sama, petugas memberi tunjuk ajar kepada mereka cara membuat tajuk, membuat huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan dan lain-lain lagi.