DASHBOARD KOMUNITI, PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN LATIHAN KEUSAHAWANAN

Laporan Aktiviti | 2 April 2018

IMG 20180402 161717 IMG 20180402 164223 IMG 20180321 195157 

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan kepada golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti yang sedia ada dan mendidik mereka untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian.

 

Laporan April – Dashboard Komuniti,Pemeriksaan Kesihatan,Keusahawanan

Tarikh    : 2 April 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan 

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Melatih pelajar menggunakan dashboard komuniti. Membuat pemeriksaan tekanan darah kepada golongan pelajar. Mendidik para peserta yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk makanan basah. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan kemahiran komputer yang ada. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta.

 

Aktiviti

Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI1M. Setelah mahir meggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Membuat pemeriksaan tekanan darah dan membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan.