mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN : MADI RAJA GELEK

PERKARABUTIRAN
Nama perniagaanMADI RAJA GELEK
AlamatSimpang Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak  
Nama peniagaIsmadi Bin Kipawi
No. telefon dan Fb011-17654049
Bilangan pekerja2 Orang
Tentang perniagaanEncik Ismadi merupakan seorang usahawan yang dahulunya terkenal dengan perniagaan air balang. Namun kini, beliau telah mengorak langkah lebih jauh dengan membuka sebuah kedai makan yang terletak di Simpang, Kampung Niup. Keputusan beliau untuk menceburi bidang ini lahir daripada minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan makanan. Lebih membanggakan, seluruh ahli keluarganya turut sama membantu menguruskan perniagaan ini, termasuk anak-anak dan isterinya. Kedai makan milik Encik Ismadi bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis air balang, malah turut menyediakan gerai kecil yang menjual nasi campur, pelbagai lauk-pauk, serta minuman panas dan sejuk. Dalam usaha memperluaskan perniagaannya, beliau menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook untuk tujuan pengiklanan. Hasil daripada penggunaan media sosial serta kemudahan internet yang meluas, perniagaan Encik Mahdi telah mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat dan pelanggan dari kawasan sekitar. Kesungguhan beliau, sokongan keluarga serta penggunaan teknologi secara bijak menjadikan perniagaan ini semakin berkembang dan menjadi inspirasi kepada usahawan kecil yang lain. Jelaslah bahawa semangat dan kerjasama keluarga mampu menjadi tunjang kejayaan dalam dunia keusahawanan.