mcmc
Maklumat Setempat

Klik dengan bijak : Maklumat palsu, Multimedia : pengenalan tentang media sosial Facebook dan Kuiz online : bahasa Melayu, matematik dan bahasa Inggeris

50950868 1151665364999887 515802869052473344 n

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan dapat menambah pengetahuan mereka tentang kewujudan maklumat palsu di internet. Justeru mereka diingatkan agar tidak membuat perkongsian sesuatu maklumat yang belum dibuktikan kesahihan kebenarannya. Pengetahuan peserta tentang laman sosial facebook  dapat ditingkatkan. Aktiviti permainan e-kuiz pula berupaya mupuk minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara yang menyeronokkan.

Laporan Febuari – Klik dengan bijak : Maklumat palsu, Multimedia : pengenalan tentang media sosial Facebook dan Kuiz online : bahasa Melayu, matematik dan bahasa Inggeris

Tarikh    : 2 Febuari 2019

Masa     : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 9 Orang

Tujuan

Matlamat kelas yang diadakan adalah untuk memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Dalam masa yang sama, penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan dapat menambah pengetahuan mereka tentang kewujudan maklumat palsu di internet. Justeru mereka diingatkan agar tidak membuat perkongsian sesuatu maklumat yang belum dibuktikan kesahihan kebenarannya. Pengetahuan peserta tentang laman sosial facebook  dapat ditingkatkan. Aktiviti permainan e-kuiz pula berupaya mupuk minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara yang menyeronokkan.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video Klik dengan Bijak yang bertajuk “Maklumat Palsu”. Penayangan video itu berupaya menambah pengetahuan peserta tentang kewujudan maklumat palsu di internet justeru, mereka diingatkan agar tidak membuat perkongsian sesuatu maklumat yang belum dibuktikan kesahihan kebenarannya. Seterusnya, petugas mengajar topik berkaitan multimedia iaitu memperkenalkan peserta tentang laman sosial facebook. Peserta didedahkan tentang kebaikan dan keburukan laman sosial facebook seterusnya mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan facebook. Selepas itu, para peserta di ajak membuat latih tubi pelajaran dengan bermain kuiz online berkaitan subjek bahasa Melayu, matematik dan bahasa Inggeris.