Kursus e-Usahawan
Peserta yang mengikuti Kursus E-Usahawan telah mendaftar sebagai e-Usahawan di laman yang disediakan oleh pihak MDEC. Mereka telah mencipta dan mempelajari media sosial dengan membuat halaman Facebook untuk meniaga.
Laporan September – Kursus E-usahawan (Internet dan Facebook page), pemeriksaan kesihatan dan teka silang kata.
|
Tarikh : 23 September 2018 Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Memeriksa tahap kesihatan komuniti dari segi bmi, tekanan darah dan paras gula. Dalam pada itu, latihan teka silang kata diberikan kepada pelajar yang tidak menggunakan PC bagi mengisi masa yang terluang. Seterusnya, para peserta diberikan latihan media sosial untuk memulakan perniagaan dengan lebih efektif iaitu melalui penggunaan laman Facebook. Peserta turut diberi galakan agar sentiasa mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Promosi berkenaan aktiviti yang akan diadakan di PI1M turut dihebahkan kepada para peserta.
Aktiviti
Komuniti diterangkan mengenai pemeriksaan paras gula hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan tidak boleh kerap. Diberi latihan media sosial sebagai salah satu saluran untuk mengembangkan perniagaan agar peserta lebih bijak mengendalikan perniagaan dengan menggunakan internet di pusat internet yang sedia ada. Pelajar yang tidak menggunakan pc diberi latihan dengan menjawab teka silang kata merdeka.