KURSUS ASAS ICT (MICROSOFT OFFICE)

Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Word, Excel, Power Point dan publisher.
Laporan Disember: Microsoft Office Word, Power Point, Excel dan Publisher
|
Tarikh : 11 dan 15 Disember 2017 Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word, Microsoft Excel, Power Point dan juga Microsoft Publisher. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.
Aktiviti
Kelas Microsoft Word
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, membuat numbering dan bullet, memasukkan clip art from file, word art dan auto shapes, memasukkan muka surat, header dan footer dan juga membetulkan ejaan dan grammar. Peserta di beri latihan untuk membuat folio menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari.
Kelas Microsoft Excel
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, graf, menggunakan fungsi f(x) seperti autu sum, average dan minus. Selain itu, peserta turut diajar cara menggunakan symbol, aligment, currency, carta organisasi, data sorting dan lain-lain lagi.
Kelas Microsoft Power Point
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point seperti mengendalikan persembahan 9design template), mengendalikan persembahan (blank presentation), penggunaan hyperlink, penggunaan multimedia, slide number, header dan footer dan hide slide and set up show.
Kelas Microsoft Publisher
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi penggunaan Microsoft Publisher. Peserta di ajar cara mula create sesuatu kad mengikut kategori yang terdapat di dalam microsoft publisher seperti brosur, pemplate, kad, flyers dan sebagainya.