Tarikh : 4 April 2021 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip, melabel peta serta penggunaan google.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk “Tidak pasti jangan kongsi”. Petugas meningatkan peserta agar memeriksa terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft word. Peserta diberi tugasan untuk menaip dan melabel peta. Petugas mengajar peserta cara memuat turun gambar peta daripada google, memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk latihan melabel peta itu serta cara memilih dan menukar warna yang sesuai.