mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI 2024 : E-LEARNING – DIY ( MINI BAKUL TEMA MERDEKA)

Tarikh    : 1 September 2024

Masa     : 2.00 petang – 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah idea kreatif dikalangan peserta yang hadir. 

Pada permulaan kelas, peserta akan dipertontonkan terlebih dahulu video cara membuat mini bakul tersebut. Kemudian, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas 4 warna (merah, putih, kuning, biru ), gunting, gam, dan gambar bunga raya yang telah dicetak. Seterusnya, peserta akan memulakan tugasan tersebut dengan mengukur saiz panjang dan lebar untuk setiap helaian yang diperlukan. Selepas itu, peserta akan mencantumkan helaian yang telah diukur dan digunting untuk menjadi sebuah mini bakul. Akhir sekali, peserta akan melekatkan gambar bunga raya yang telah digunting ditepi bahagian gagang bakul tersebut.

Klik sini untuk lihat foto