mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI 2024: MEWARNA MENGIKUT NOMBOR DENGAN MENGGUNAKAN TABLET

Tarikh    : 1 November 2024

Masa     : 2.00 petang – 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk membantu peserta mengenal nombor dan warna dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan serta mereka dapat belajar mengenali nombor sambil mewarnakan.

Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan cara mewarna mengikut nombor seperti yang ada dalam tabletnya. Kemudian, peserta memulakan aktiviti mewarna setelah mereka faham tugasan yang diberi. Seterusnya, peserta akan berlumba-lumba untuk menyiapkan mewarna tersebut dengan lebih cepat. Akhir sekali, peserta yang dapat menyiapkan tugasan mewarna tersebut dengan cepat, maka dialah pemenang dalam sesi pembelajaran itu.

 


Klik sini untuk lihat foto