LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025
TARIKH : 07 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT- TYPING JADUAL BERGAMBAR |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta dalam menambah baik kemahiran menaip mereka dengan lebih baik
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas mula menerangkan initipati aktiviti kepada peserta iaitu maklumat yang perlu dibuat dan digunakan dalam latihan tersebut. Seterusnya, peserta mula menaip mengikut contoh yang telah diterangkan oleh petugas. Di samping itu, peserta juga diminta memuat turun gambar dari internet untuk diisi ke dalam jadual yang dibuat. Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan latihan dengan lengkap.
TARIKH : 08 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E-LEARNING – KESELAMATAN DALAM E-SPORT SIBER |
Masa | : 2:00 PETANG – 4:00 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta berkenaan isu dan cabaran dalam menggunakan internet dengan selamat.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta diberikan penerangan berkenaan kelas yang akan dijalankan iaitu topik yang ingin ditonton dalam podcast yang telah dipilih. Kemudian, peserta mula mengikuti kelas tersebut dengan menonton video yang dipaparkan kepada mereka. Seterusnya, peserta memberi perhatian dengan setiap maklumat yang dikongsi oleh speaker podcast tersebut sehingga selesai.
TARIKH : 10 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : KEUSAHAWANAN – INVOIS PERNIAGAAN |
Masa | : 2:30 PETANG -4:30 PETANG |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta mengenali dokumen yang diperlukan dalam bidang perniagaan secara asas.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas memberi penerangan berkenaan contoh invois yang ingin dibuat dan cara membuat invois secara ringkas. Peserta mula membuat tugasan yang diberikan dengan menggunakan Microsoft Word dan menaip invois mengikut format yang telah ditetapkan. Akhir sekali, invois telah disiapkan dengan mengikut ciri-ciri yang telah diajar.
TARIKH : 11 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT – ASAS MENAIP |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang kemahiran asas menaip menggunakan papan kekunci komputer
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan asas tentang papan kekunci, tetikus, skrin, dan fungsi utama. Kemudian, pengenalan kedudukan jari di papan kekunci (home row technique). Seterusnya, pengajar mempratikan peserta untuk menaip perkataan harian dan ayat mudah yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
TARIKH : 12 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : SOFT SKILL – RESUMES |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta dalam menghasilkan resume yang menarik dan profesional selaras dengan kehendak majikan, sekaligus meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk log masuk. Kemudian, peserta akan menekan bahagian ‘Search’ (carian) dan menaip kata kunci seperti “Resume” untuk mencari template resume yang sesuai. Peserta akan memilih template resume yang menarik dan sesuai mengikut cita rasa masing-masing. Selepas itu, peserta akan menggantikan maklumat dalam resume tersebut dengan Nama penuh, Maklumat diri, Pendidikan, Pengalaman, Kemahiran, Rujukan. Setelah siap, peserta akan klik “Share” > “Download”, pilih format (contohnya PDF).
TARIKH : 16 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : SOLVING BLOCK PUZZLE |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta berfikir secara logik dan strategik bagi menyusun blok dengan betul.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Sebelum bermula, pengajar akan menunjukkan gambar blok yang telah disusun dengan lengkap. Peserta akan mengimbas gambar tersebut seketika untuk memahami bentuk dan kedudukan susunan blok. Kemudian, setiap kumpulan akan diberikan set blok puzzle yang bercampur. Peserta bekerjasama untuk memadankan blok tersebut agar menyerupai gambar yang telah mereka lihat. Kumpulan yang berjaya menyusun blok dengan paling tepat dan pantas akan diberikan markah tertinggi atau dinobatkan sebagai pemenang.
TARIKH : 27 APRIL 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E-LEARNING – TINY TECHNIES |
Masa | : 2:00 petang – 4:00 petang |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta (terutamanya murid prasekolah atau tahap awal) kepada konsep pembelajaran secara digital menggunakan peranti seperti tablet atau komputer
Aktiviti: Pada permulaan kelas, , peserta akan masuk link google meet yang telah diberikan oleh SSO. Kemudian, peserta menonton video yang telah di sediakan oleh pihak SSO daan emmbuat tugasan yang diberikan.