TARIKH : 9 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : MINGGU 5 – DRAF POLA KURUNG PESAK |
| Masa | : 9.30 PAGI -11.00 PAGI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Peserta dapat memahami dan menghasilkan draf pola kurung pesak dengan betul berdasarkan ukuran yang diberi.
Aktiviti: Pengajar menerangkan bahagian-bahagian pola kurung pesak serta langkah melukis draf pola.
Peserta mengambil ukuran yang diperlukan dan melukis draf pola kurung pesak di atas kertas pola dengan bimbingan pengajar. Hasil kerja peserta disemak dan diperbetulkan sebelum disimpan untuk proses seterusnya.
TARIKH : 9 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : KIS (TAKLIMAT BULI) |
| Masa | : 3.00 PETANG – 4.00 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi kesedaran kepada murid tentang maksud buli, kesan buli dan cara mencegah buli di sekolah serta alam siber.
Aktiviti: Peserta menonton video pendek berkaitan situasi buli dan antibuli. Peserta berbincang secara berkumpulan untuk mengenal pasti jenis buli dan tindakan yang betul jika berhadapan dengan buli. Peserta berkongsi dapatan perbincangan dan membuat ikrar antibuli bersama-sama.
TARIKH : 9 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : MINGGU 5 – TIPS SMARTPHONE, ELEMENT & PERSPEKTIF DALAM FOTOGRAFI, TEKNIK COMPOSITION, JENIS2 FOTOGRAFI |
| Masa | : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan smartphone secara berkesan dalam fotografi termasuk elemen, perspektif, teknik komposisi dan jenis-jenis fotografi.
Aktiviti:Pengajar menerangkan tips asas fotografi menggunakan smartphone serta elemen dan perspektif dalam pengambilan gambar. Peserta mempelajari teknik komposisi dan jenis-jenis fotografi melalui contoh visual dan perbincangan kelas. Peserta menjalankan aktiviti praktikal dengan mengambil gambar menggunakan smartphone berdasarkan teknik yang dipelajari dan berkongsi hasil foto.
TARIKH : 9 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : DILEA OPEN TUITION – BAHASA INGGERIS |
| Masa | : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris peserta melalui pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berfokus kepada komunikasi harian.
Aktiviti: Kelas dimulakan dengan aktiviti “ice breaking” seperti word games atau simple conversation untuk membina keyakinan murid. Seterusnya, peserta akan menjalankan aktiviti berkumpulan seperti role play, spelling bee atau sentence building bagi mengukuhkan kemahiran membaca, menulis dan bertutur. Kelas diakhiri dengan kuiz ringkas atau latihan pengukuhan untuk menilai tahap kefahaman murid.
TARIKH : 12 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : EMPOWERHER – OPERASI PERNIAGAAN |
| Masa | : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memperkasa wanita dengan memberi pendedahan dan kemahiran dalam mengurus operasi perniagaan secara online secara sistematik dan berkesan.
Aktiviti: Peserta akan didedahkan dengan asas pengurusan perniagaan online termasuk pengendalian tempahan, stok dan pelanggan. Seterusnya, latihan praktikal akan dijalankan seperti cara menggunakan platform media sosial dan marketplace untuk pemasaran produk. Program diakhiri dengan sesi perkongsian strategi meningkatkan jualan serta pengurusan kewangan secara digital.
TARIKH : 12 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : CYBERSECURITY – CARA KENAL PASTI FILE BERBENTUK VIRUS |
| Masa | : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Untuk mengenal pasti fail berbentuk virus supaya kita dapat melindungi komputer dan data peribadi daripada kerosakan atau kecurian. Selain itu, ia membantu mengelakkan penyebaran virus kepada peranti lain.
Aktiviti: Pengajar menunjukkan contoh fail yang mencurigakan seperti fail dengan nama pelik atau sambungan yang tidak dikenali. Peserta belajar cara menyemak fail menggunakan antivirus dan tidak membuka fail daripada sumber yang tidak dipercayai. Akhir sekali, pelajar berbincang tentang langkah keselamatan semasa memuat turun fail dari internet.
TARIKH : 12 & 13 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : MAHIR MASAK MINGGU 5 – PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA |
| Masa | : 9.30 PAGI – 11.00 PAGI |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam penyediaan tapak dan sos piza dengan teknik yang betul dan berkualiti.
Aktiviti: Peserta akan mempelajari bahan dan langkah-langkah penyediaan doh piza sehingga proses menguli dan membentuk tapak. Seterusnya, peserta akan menyediakan sos piza menggunakan bahan segar serta mempelajari teknik memasak sos yang seimbang rasanya. Aktiviti diakhiri dengan sesi praktikal menyediakan tapak bersama sos sebagai persediaan untuk proses topping dan pembakaran.
TARIKH : 13 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : MAHIR BAIKI GADGET – MINGGU 5: MEMBUKA & MEMASANG ANDROID |
| Masa | : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta tentang cara membuka dan memasang semula telefon Android dengan betul dan selamat.
Aktiviti: Tenaga pengajar memberi penerangan mengenai komponen dalaman dan langkah keselamatan sebelum memulakan kerja. Seterusnya, demonstrasi cara membuka dan memasang semula telefon Android ditunjukkan kepada peserta. Peserta kemudian menjalankan aktiviti praktikal dengan bimbingan sehingga peranti berjaya dipasang semula.
TARIKH : 13 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : ESPORT – KESIHATAN MENTAL PEMAIN E-SUKAN |
| Masa | : 2.00 PETANG – 2.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 3 ORANG PESERTA |
Tujuan: Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan pemain e-sukan. Peserta dapat memahami tekanan, emosi dan cabaran yang dihadapi semasa pertandingan. Selain itu, program ini membantu pemain mengawal stres dan mengekalkan fokus ketika bermain.
Aktiviti: Penceramah memberi penerangan mengenai kesihatan mental dan faktor yang mempengaruhi prestasi pemain e-sukan. Seterusnya, peserta menjalankan perbincangan kumpulan tentang pengalaman dan cara mengurus tekanan. Aktiviti ditutup dengan latihan teknik relaksasi dan pengurusan emosi.
TARIKH : 14 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : DILEA GUIDANCE CLASS – SEJARAH & MATEMATIK |
| Masa | : 2.15 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Sejarah & Matematik bertujuan membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas serta meningkatkan keyakinan dalam pembelajaran.
Aktiviti: Peserta mengikuti kelas secara dalam talian melalui LMS DILEA yang interaktif dan mudah diakses. Sesi pembelajaran merangkumi penerangan topik, latihan pengukuhan serta perbincangan bersama guru secara langsung. Pelajar juga berpeluang bertanya soalan dan menerima maklum balas segera bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas.
ARIKH : 15 FEBRUARI 2026
| Program / Aktiviti / Kelas | : DILEA GUIDANCE CLASS – BAHASA INGGERIS & BAHASA MALAYSIA |
| Masa | : 2.15 PETANG – 4.30 PETANG |
| Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
| Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Meningkatkan kemahiran komunikasi, pemahaman tatabahasa serta keyakinan pelajar dalam kedua-dua bahasa.
Aktiviti:Kelas dijalankan secara dalam talian melalui LMS DILEA dengan pendekatan interaktif dan berfokus. Pelajar akan mengikuti aktiviti membaca, menulis, mendengar dan bertutur bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Latihan praktikal serta bimbingan berterusan diberikan untuk membantu pelajar mencapai prestasi yang lebih cemerlang.