mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JUN 2025

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025

TARIKH : 06 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – MEMBUAT POSTER SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Masa: 10:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 1 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada pelajar dalam menghasilkan poster digital bertemakan “Selamat Hari Raya Aidiladha”

Aktiviti: Pada permulaan kelas, Pengajar memberikan penerangan mengenai maksud Hari Raya Aidiladha dan elemen penting dalam sesebuah poster seperti tajuk, imej, warna, dan mesej utama. Kemudian, pengajar menunjukkan cara menggunakan aplikasi reka bentuk digital (Canva) untuk membina poster secara kreatif dan menarik. Selepas itu, peserta mereka cipta poster masing-masing berdasarkan kreativiti sendiri dengan memasukkan elemen berkaitan Hari Raya Aidiladha seperti gambar haiwan korban, masjid, ucapan, dan hiasan bertema Islamik. Akhir sekali, peserta akan menyimpan hasil kerja yang telah direka dengan menekan butang Share>Download.

TARIKH : 08 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ICT- SLIDE TRANSITION
Masa: 2.00 PETANG -4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta untuk menjadi komuniti yang celik IT

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas mula menerangkan initipati kelas dengan menerangkan perjalanan kelas yang dibuat iaitu dengan memberi arahan kepada peserta untuk membuat slaid mengikut tema yang telah diarahkan. Seterusnya, peserta mula membuat carian gambar, memilih font, warna dan transisi yang sesuai bagi slaid mereka. Setelah itu, peserta mula mebuat draf dan menyusun maklumat yang telah dicari dalam slaid mereka iaitu bertemakan Hari Guru. Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan latihan dengan baik.

TARIKH : 09 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: ONLINE LEARNING – TOUCH TYPING STUDY
Masa: 2.00 PETANG -4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah bagi meningkatkan kemahiran menaip peserta ke tahap yang lebih baik

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dibacakan doa. Kemudian peserta diberikan penerangan berkenaan kelas yang akan dijalankan. Setelah maklum, peserta mula membuka aplikasi Touch Typing Study dalam carian Google. Selepas itu, peserta mula membuka topik menaip yang telah ditetapkan oleh petugas. Peserta mula membuat latihan mereka dengan menaip huruf dan ayat yang telah diberikan dengan pantauan masa yang dicatat.

TARIKH : 10 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: USAHAWAN – BIZ KIDS
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan peserta berkenaan cara jual beli dan ilmu perniagaan.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas mula menerangkan perjalanan kelas yang ingin dijalankan.

Setelah peserta memahami, peserta mula membuat carian di Google iaitu aplikasi Biz Kids. Peserta diarahkan untuk memilih jenis perniagaan yang telah ditetapkan oleh petugas.

Kemudian, peserta diarahkan untuk menguruskan perniagaan air jus kepada pelanggan mereka di samping membuat keputusan yang diperlukan bagi memastikan perniagaan mereka berjalan lancar.

TARIKH : 10 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – MEMBUAT BORANG DELIVERY ORDER DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan dan cara menyediakan dokumen perniagaan asas, khususnya Delivery Order (DO), menggunakan aplikasi Microsoft Word

Aktiviti: Pada permulaan kelas, Pada permulaan kelas, pengajar menerangkan fungsi dan kepentingan borang Delivery Order dalam perniagaan serta komponen utama yang perlu ada seperti nama pelanggan, tarikh, alamat penghantaran, senarai barangan, kuantiti, dan ruang tandatangan. Kemudian, pengajar menunjukkan langkah demi langkah membina borang Delivery Order menggunakan Microsoft Word – termasuk cara membina jadual, menyusun maklumat, dan memformat dokumen. Peserta membina borang Delivery Order mereka sendiri mengikut format yang ditunjukkan, berdasarkan contoh perniagaan yang diberikan oleh pengajar. Akhir sekali, peserta menyimpan dokumen dengan menekan File>Save.

TARIKH : 13 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – WORD SEARCH
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 2 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam pembelajaran berasaskan aktiviti secara digital melalui permainan Word Search.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar memberikan penerangan tentang objektif aktiviti dan cara bermain Word Search, termasuk tema perkataan yang akan dicari. Pengajar memberikan pautan ke permainan Word Search digital (WordSearch). Pelajar mencari dan menandakan perkataan tersembunyi berdasarkan senarai yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Tema perkataan disesuaikan mengikut mata pelajaran iaitu Sains. Akhir sekali, peserta yang dapat menyiapkan pencarian dengan masa yang singkat , dia dikira sebagai pemenang.

TARIKH : 15 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: SOFTSKILLS – MYFUTUREJOBS!
Masa: 10:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat memndapatkan pekerjaan secara atas talian.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, , kelas dimulakan dengan penerangan kepada peserta berkenaan portal rasmi tersebut secara teliti disamping dengan pertanyaan soalan daripada peserta. Setelah penerangan diberikan, peserta mula diminta untuk membuat pendaftaran akaun mereka ke dalam portal tersebut. Peserta mengisi maklumat peribadi mereka  dengan bimbingan petugas sehingga selesai.

TARIKH : 19 JUN 2025

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – MAGIC PEWARNA & STRAW
Masa: 10:00 PAGI – 12:00 PAGI
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 3ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas sains melalui aktiviti eksperimen yang menyeronokkan dan mudah difahami

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kemudian, pengajar menerangkan secara ringkas konsep saintifik yang terlibat, iaitu bagaimana tekanan udara dan sedutan melalui straw boleh menggerakkan cecair. Selepas itu, peserta akan meniup atau menyedut perlahan melalui straw untuk mengalirkan pewarna ke atas permukaan, lalu menghasilkan corak “ajaib” yang menarik. Akhir sekali, peserta diminta membuat pemerhatian terhadap corak dan pergerakan pewarna serta berbincang tentang bagaimana tekanan udara mempengaruhi arah dan bentuk warna tersebut.