LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 03 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E-LEARNING – DIY MEMBUAT KAD BUNGA 3D (POP-UP) |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mempelajari teknik seni kraf seperti pop-up dan 3D dan Menggalakkan kreativiti dan ekspresi seni dalam kalangan peserta.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan seperti kertas warna (A4 atau kad manila nipis), gunting, gam atau double-sided tape dan pen marker. Kemudian, pengajar akan menerangkan langkah-langkah untuk membuat Kad tersebut. Selepas itu, peserta lipat kertas kad kepada dua seperti bentuk buku. Seterusnya, peserta akan potong kertas menjadi potongan bentuk bunga (6 atau 7 bunga kecil yang sama saiz. Akhir sekali, peserta akan tampal bunga dengan susunan tertentu seperti bentuk kipas atau susun 3-2-1 lapisan supaya apabila kad dibuka bunga akan naik dan kelihatan 3D, kemudian hias kad di luar dan dalam serta uji buka tutup kad untuk memastikan bunga “pop-up” berfungsi dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 05 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : E LEARNING- COLOURING PAGE |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 4 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta untuk menjadi komuniti yang kreatif dengan menggunakan kemudahan IT.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas mula menerangkan initipati aktiviti dengan menerangkan perjalanan kelas yang dibuat iaitu dengan memberi arahan kepada peserta untuk membuat pencarian aplikasi Colouring di dalam internet. Seterusnya, peserta mula memilih grafik yang bersesuaian dan mengikut cita rasa masing-masing. Setelah itu, peserta mula mewarna dengan menggunakan pilihan warna yang pelbagai bagi menyiapkan tugasan mereka. Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan latihan dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 07 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT – POSTER HARI RAYA |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 7 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta diberikan penerangan berkenaan kelas yang akan dijalankan iaitu draf poster yang ingin dihasilkan. Kemudian, peserta mula mengikuti arahan dan tunjuk ajar daripada pengajar dengan mengikut contoh yang diberikan. Seterusnya, peserta membuat carian gambar di internet bagi membuat hiasan dalam poster yang ingin dihasilkan serta memilih font, text,grafik yang bersesuaaian. Akhirnya, peserta yelah menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kreatif.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 08 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : USAHAWAN: FLYERS PRODUK |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 2 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan peserta berkenaan bahan pemasaran dalam perniagaan.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas mula menerangkan intipati program yang ingin dijalankan. Kemudian, peserta mula membuka aplikasi Postermywall dan memilih draf design yang telah disediakan dalam aplikasi tersebut. Peserta mengenal pasti isi maklumat yang ingin diisi mengikut perniagaan yang ingin dibuat. Seterusnya, peserta mula membuat risalah mereka disamping memilih text, shape, gambar yang diperlukan bagi menghasilkan risalah yang menarik. Akhir sekali, kesemua peserta telah memberi kerjasama yang baik dalam aktiviti yang telah dijalankan.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 10 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : ICT – MEREKA PEMANDANGAN MENGGUNAKAN SIMBOL DARI MICROSOFT WORD |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan penggunaan asas Microsoft Word dalam bentuk yang menarik dan kreatif.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengenalan ringkas oleh pengajar tentang shapes/simbol dalam Word seperti Insert>Shapes>pilih bentuk seperti rectangle, triangle, oval dan line. Kemudian, peserta akan mula membina lukisan digital mereka dengan menyusun dan mengubah saiz, warna serta kedudukan shapes. Akhir sekali, peserta akan simpan hasil kerja mereka dekan menekan File>Save.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 15 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : KEUSAHAWANAN – FLYER JUALAN |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 1 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada asas promosi dan pemasaranproduk melalui reka bentuk flyer yang berkesan
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengenalan ringkas oleh pengajar mengenai fungsi dan kepentingan flyer dalam pemasaran. Peserta mereka flyer mereka sendiri menggunakan alat digital (Canva). Akhir sekali, peserta akan menyimpan dokumen/flyer yang telah direkan dengan menekan Share> Download.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 18 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : STEM – ROLLING EGG |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 6 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk melatih peserta membuat perancangan yang teliti dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menunjukkan demontrasi aktiviti yang ingin dijalankan dan membahagikan peserta ke dalam 2 pasukan. Peserta mula bersedia untuk menggolekkan telur di dalam kertas yang disediakan dan aktivtiti diteruskan dengan perlawanan antara kumpulan. Akhir sekali, kedua-dua kumpulan berjaya menggolekkan telur sehingga ke garisan penamat.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2025
TARIKH : 22 MEI 2025
Program / Aktiviti / Kelas | : KERETA AIR |
Masa | : 10:00 PAGI – 12:00 PAGI |
Lokasi | : NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN |
Peserta | : 7 ORANG PESERTA |
Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mereka bentuk objek yang boleh bergerak menggunakan konsep fizik.
Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kemudian, pengajar menerangkan konsep asas STEMyang berkaitan dengan prinsip tenaga dan gerakan. Selepas itu, peserta dikehendaki membina sebuah kereta air dengan menggunakan bahan terpakai seperti tin sebagai badan utama, batang aiskrim sebagai penyokong struktur dan gandar roda, serta getah sebagai sumber tenaga. Batang aiskrim perlu dipasang di bahagian tengah bagi memastikan kereta seimbang dan dapat bergerak dengan lancar. Akhir sekali, getah digulung pada batang pusingan di bahagian belakang, dan apabila dilepaskan, tenaga daripada getah tersebut akan memutar gandar lalu menggerakkan kereta ke hadapan.