mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN OKTOBER 2024

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2024

TARIKH : 02 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – QUOTATION
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta berkenaan kegunaan Quotation dalam perniagaan

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan sekiranya peserta tahu apakah itu Quotation. Setelah itu, petugas membentangkan tentang pengenalan kepada Quotation, kegunaannya serta beberapa contoh yang ada. Peserta seterusnya diminta untuk memilih contoh Quotation untuk diedit mengikut perniagaan pilihan masing-masing. Peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

TARIKH : 04 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: E-LEARNING – QUIZZIZ (SAINS)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 6 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran secara seronok. Bahkan Quizizz juga menggunakan elemen permainan yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta akan melayari laman web Quizziz untuk mereka mulakan kuiz tersebut. Kemudian, pengajar akan memberi kod untuk para peserta menyertai kuiz sains tersebut. Selepas itu, peserta akan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan dalam laman web itu. Akhir sekali, peserta yang dapat menjawab soalan tersebut dengan markah yang paling tinggi, maka dialah pemenang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi

TARIKH : 09 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – Ikan Buntal. Lari!!!
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 8 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang reaksi bahan asid bertemu bahan alkali.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menunjukkan video berkenaan proses yang berlaku apabila ikan buntal berhadapan bahaya (kembung dan kempis). Petugas turut menceritakan tentang cara ikan buntal menyelamatkan diri apabila berhadapan situasi bahaya. Setelah itu, petugas mengagihkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk eksperimen (soda bikarbonat, cuka, sarung tangan plastik dan belon bersaiz kecil). Petugas menerangkan cara-cara eksperimen yang akan dilakukan. Soda bikarbonat dimasukkan ke dalam belon. Cuka dimasukkan ke dalam sarung tangan plastic yang telah dipotong dibahagian jari, dan diikat ketat. Cuka yang telah diikat dimasukkan ke dalam belon, dan belon diikat. Sedikit aktiviti dilakukan bersama peserta, mana-mana pelajar yang tidak dapat menjawab soalan perlu mengembungkan ikan buntal (ikan buntal dianggap bertemu dengan bahaya) yang ada pada mereka, dan mereka dikira kalah. Peserta menghentak belon yang berisi bahan dan belon akan menjadi besar seperti ditiup. Petugas menerangkan sekali lagi kepada peserta tentang reaksi sains yang berlaku iaitu apabila asid bercampur dengan alkali, gas karbon dioksida akan terhasil dan menyebabkan belon menjadi besar. Peserta terakhir yang menghentak belon mereka dikira menang dan diberikan hadiah. Di akhir aktiviti ini, petugas menerangkan sekali lagi kepada peserta tentang reaksi sains yang berlaku, serta sifat semulajadi ikan buntal yang akan kembung apabila berada dalam situasi bahaya.

TARIKH : 11 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – CAPCUT (BUKU DIGITAL BERCERITA)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk peserta mempelajari ilmu baru iaitu mengedit buku cerita digital dengan menggunakan aplikasi Capcut.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan terlebih dahulu apa itu aplikasi Capcut. Kemudian,pengajar akan memberi teks yang akan dimasukkan ke dalam video itu nanti. Seterusnya, peserta memulakan tugasan mereka dengan mencari gambar yang berkaitan dengan tajuk “ Buku Cerita Digital” yang diberikan oleh pengajar. Setelah kesemua gambar telah dicari, maka peserta akan mula mengedit untuk masukkan teks-teks jalan cerita yang diberi oleh pengajar. Kemudian, peserta akan memasukkan gambar-gambar yang telah dicari tadi ke dalam slaid yang berkenaan dengan teks yang ditaip. Akhir sekali, peserta akan menyimpan hasil kerja tersebut dengan menekan butang Export.

TARIKH : 13 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: STEM – DIY ANYAMAN
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta menjadi lebih kreatif dan idealistik.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, peserta diajarkan cara membuat anyaman kertas oleh pengajar. Kemudian, pengajar mengedarkan kertas yang mempunyai gambar yang bentuk-bentuknya berbeza untuk peserta mengayam dengan kertas warna pilihan mereka. Selepas itu, peserta memotong helaian demi helaian kertas mengikut ukuran sepanjang 1cm agar dapat ukuran yang sama. Akhir sekali, peserta melekatkan solotep disetiap bucu-bucu pengakhiran kertas anyaman agar dapat hasil yang cantik.

TARIKH : 14 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: SOFT SKILLS – IMPIAN SAYA
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk menanamkan semangat bercita-cita tinggi untuk mencapai impian dalam diri peserta

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas bertanya kepada peserta, jika diberik peluang, apakah perkara yang mereka inginkan. Peserta memberikan pelbagai jawapan kepada soalan yang dilontarkan. Petugas turut berkongsi kisah-kisah kejayaan bagi menambah semangat kepada peserta. Seterusnya, petugas meminta peserta menggambarkan impian mereka menggunakan aplikasi Canva. Selesai menyiapkan gambaran tersebut, petugas meminta peserta untuk berkongsi impian mereka kepada rakan-rakan. Di akhir kelas, petugas mengingatkan peserta agar terus bersemangat dan memastikan pelajaran tidak diabaikan agar impian yang disenaraikan dapat dicapai.

TARIKH : 15 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: KEUSAHAWANAN – BEADS BRACELETS
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 5 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta untuk membuat produk jualan menggunakan bahan yang mudah dan murah

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menerangkan tentang produk yang akan dibuat pada kelas kali ini. Petugas turut berkongsi platform yang boleh digunakan untuk mencari bahan yang akan digunakan semasa kelas. Seterusnya, petugas mengagihkan bahan yang diperlukan kepada peserta (manik huruf & tali). Petugas seterusnya mengajar langkah-langkah yang betul untuk menyiapkan gelang/keychain kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan produk mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan dari petugas. Petugas menerangkan kepada peserta bahawa, produk yang mudah seperti ini juga dapat menghasilkan pendapatan sekiranya dipromosi dengan cara yang betul.

TARIKH : 17 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – POWERPOINT (ASAS MENAIP)
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 4 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk membekalkan mereka dengan kemahiran asas dalam menaip dan menggunakan teknologi pembentangan. Ini merangkumi kemahiran menaip dengan betul, menggunakan PowerPoint sebagai alat untuk menyusun dan membentangkan idea, serta mengembangkan kemahiran komunikasi dan kreativiti.

Aktiviti: Pada permulaan kelas, pengajar mengagihkan bahan-bahan yang yang telah dicetak untuk peserta menaip ke dalam slide powerpoint. Kemudian, peserta memulakan menaip mereka dengan menekan Insert> Text Box. Untuk bahagian latar belakang teks yang telah di taip tadi, peserta menekan Right Click> Format Background > Picture fill> pilih gambar yang bersesuai dengan tajuk dan teks yang ditaip. Selepas itu, apabila kesemuanya sudah ditaip maka peserta akan menyimpan kerja tersebut dengan menekan Save.

TARIKH : 30 OKTOBER 2024

Program / Aktiviti / Kelas: ICT – PENGENALAN KEPADA GOOGLE MAPS
Masa: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
Lokasi: NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN
Peserta: 7 ORANG PESERTA

Tujuan: Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada perkembangan teknologi terkini dan kegunaan asas Google Maps

Aktiviti: Pada permulaan kelas, dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menceritakan situasi seorang pemuda yang sesat semasa dalam perjalanan menuju destinasi. Petugas bertanya kepada peserta, sekiranya mereka berada dalam situasi pemuda tersebut, apakah yang mereka akan lakukan? .Pelbagai jawapan yang diberikan oleh peserta. Petugas seterusnya memperkenalkan aplikasi Google Maps kepada peserta dan menerangkan bahawa Google Maps dapat membantu menyelesaikan masalah pemuda yang sesat tadi. Petugas menerangkan kepada peserta tentang fungsi-fungsi asas yang ada pada Google Maps. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memasukkan destinasi tujuan mereka ke dalam Google Maps. Peserta diminta untuk memerhati apakah bangunan ataupun tempat yang menarik yang ada di sepanjang perjalanan menuju destinasi, yang ditunjukkan dalam Google Maps. Di akhir kelas, petugas menyimpulkan semula pembelajaran yang telah dipelajari pada kali ini.