mcmc
Maklumat Setempat

Latihan Media Baru “Instagram” dan E-Pembelajaran

DSCN9841

 DSCN9841

Penglibatan peserta dalam kelas yang diadakan berupaya meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan internet khususnya media baru seperti instagram. Selain itu, ianya bermanfaat kerana telah mendedahkan kepada peserta aktiviti kuiz atas talian yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran berkaitan subjek yang telah dibelajar di sekolah.

 

Laporan Oktober – Latihan Media Baru “Instagram” dan E-Pembelajaran (Kuiz Online)

 

Tarikh    : 5 Oktober 2018

Masa     : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI seterusnya mampu menambahkan keahlian PI sedia ada. Selain itu, kelas yang diadakan dapat memperkenalkan kepada peserta media baru iaitu Instagram. Peserta akan memperoleh informasi tentang kebaikan Instagram yang bukan hanya dapat dimanfaatkan untuk merakamkan gambar malah dapat melatih teknik menangkap gambar serta berupaya menjana pendapatan jika dimanfaatkan dengan cara yang betul. Pada masa yang sama, melalui aktiviti permainan kuiz secara atas talian, minat untuk belajar dikalangan peserta dapat dipupuk memandangkan kuiz atas talian lebih menarik dan menghiburkan berbanding aktiviti kuiz secara bertulis.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan media baru iaitu instagram. Peserta diajar cara membuka akaun intagram dan penggunaan instagram seperti cara memuat naik gambar, video, serta mempromosikan produk sekiranya ingin menjana pendapatan dengan berniaga secara atas talian. Aktiviti berikutnya adalah peserta diajak untuk untuk bermain kuiz atas talian iaitu kuiz berkaitan subjek bahasa Malaysia dan dan sejarah.