mcmc
Maklumat Setempat

Latihan Membuat Risalah Menggunakan Microsoft Power Point bahagian II dan Kuiz Online (Sejarah, Bahasa Melayu dan Jawi)

46110214 1886478331466550 3664618040005230592 n

Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Power Point. Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Power Point dan kemahiran menaip. Memupuk minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran melalui aktiviti kuiz atas talian.

Laporan November – Latihan Membuat Risalah Menggunakan Microsoft Power Point Bahagian II dan Kuiz Online (Sejarah, Bahasa Melayu dan Jawi)

Tarikh    : 15 November 2018

Masa     : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 8 Orang

 

Tujuan

Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Menambah pengetahuan asas komputer dan Microsoft Power Point. Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Power Point dan kemahiran menaip. Memupuk minat peserta agar tertarik untuk mengulangkaji pelajaran melalui aktiviti kuiz atas talian. 

 

Aktiviti

Kelas yang diadakan pada kali ini merupakan sambungan bahagian kedua pembelajaran menggunakan Microsoft Power Point untuk menghasilkan risalah. Petugas mengajar kembali para peserta yang telah mengikuti kelas tersebut pada minggu lepas mahupun para peserta yang baru mengikuti kelas pada minggu ini cara membuat risalah menggunakan perisian tersebut. Para peserta diajar cara menaip tajuk dan mengisi maklumat, memasukkan petak dan mengedit gambar untuk mencantikkan risalah yang dibuat. Selepas itu, para peserta di ajak membuat latih tubi pelajaran dengan bermain kuiz online berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Jawi.