mcmc
Maklumat Setempat

Latihan menaip dan membuat carta menggunakan Microsoft Power Point

51816547 2208840836025653 4580071477126103040 n

Melatih peserta agar pandai dan cekap menggunakan microsoft power point. Selain itu, kelas yang telah diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI. Petugas juga dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.

Laporan Febuari – Latihan menaip dan membuat carta menggunakan Microsoft Power Point. 

 

Tarikh    : 12 Febuari 2019

Masa     : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : 7 Orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft power point. Selain itu, minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI dapat dipupuk. Seterusnya, penglibatan peserta baru dalam kelas dapat memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Pekan Samarahan serta mempromosikan aktiviti PI yang akan diadakan kepada para peserta.

Aktiviti

Pada permulaan kelas, peserta diajak menyanyi lagu nama-nama nabi dan rasul. Selepas itu, peserta disuruh menaip dan membuat carta nama-nama nabi dan rasul. Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta cara membuat carta, memasukkan bentuk petak, mengedit latar belakang dan menukar warna pada slide untuk mencantikkan carta yang dibuat.