Melatih peserta agar pandai dan cekap menggunakan microsoft power point. Selain itu, kelas yang telah diadakan berupaya menarik minat pelajar untuk selalu mengunjungi PI. Petugas juga dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.
Laporan April – Latihan menaip dan mencipta mesej kreatif menggunakan microsoft power point dan e-pembelajaran : kuiz Bahasa melayu, sejarah, matematik
Tarikh : 2 April 2019 Masa : 2.00 Petang – 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan kali ini berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang microsoft power point. Dengan itu, petugas dapat melatih mereka agar mahir menggunakan komputer seterusnya berupaya melahirkan murid sekolah yang celik IT.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video penderitaan mangsa perang di Gaza, Palestin. Seterusnya, petugas meminta peserta menghasilkan mesej kreatif khas untuk warga Gaza bagi menyatakan simpati dan sokongan kepada mereka agar mereka terus bersabar atas dugaan yang menimpa. Peserta melalui bimbingan petugas telah diajar cara menghasilkan mesej yang cantik dan kreatif menggunakan perisian microsoft power point. Peserta diajar cara memasukkan perkataan, gambar, memasukkan tajuk dan bentuk yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat bertambah menarik. Di akhir kelas, peserta diajak membuat ulangkaji pelajaran bahasa Melayu, sejarah dan matematik melalui permainan kuiz online.