Latihan Menaip Online

Laporan Aktiviti | 6 December 2017

DSCN8345

Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana membuka laman web menaip secara atas talian. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk mengguunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.

 

Laporan Disember – Menaip Online

 Tarikh   : 5 Disember 2017

Masa     : 2.30 Petang – 4.30 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Pekan Samarahan

Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Pekan Samarahan serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan aplikasi atas talian bermula daripada membuka link dan membuat latihan. Masa yang diperuntukkan untuk menaip ayat yang telah disediakan dapat menguji kecekapan dan kemahiran para peserta dalam kelas. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer.

 

Aktiviti

Para peserta diajar membuka laman web yang berkaitan menaip secara atas talian. Ia memudahkan para peserta memahami cara menaip menggunakan aplikasi tersebut. Petugas memberi penerangan tentang kegunaan papan kekunci untuk memudahkan para peserta menaip. Para peserta diberikan latihan untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut dan menguji ketangkasan mereka menaip. Selain itu, hasil latihan yang dibuat para peserta akan disemak semula oleh petugas. Para peserta menaip mengikut peruntukan masa yang diberikan. Sekiranya terdapat kesalahan ketika menaip, mereka akan mengulang semula latihan tersebut sehingga mendapat markah penuh tiada kesalahan ejaan.