mcmc
Makanan

Makanan tradisi : Kuih bongkol

kuih bongkol 2
kuih bongkol 2 kuih bongkol 1 kuih bongkol 3
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Misiah Binti Tahir

Umur

57 Tahun

Alamat

No. 127 Kampung Mang, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

013-8092779

Waktu operasi

7.00 pagi – 9.00 pagi

Kuih bongkol merupakan antara kuih tradisi Melayu Sarawak. Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung beras, santan, gula apong dan dibungkus menggunakan daun pisang. Terdapat juga orang yang membuatnya menggunakan gula pasir tetapi penggunaan gula apong akan mengekalkan keaslian rasanya. Proses memasak pula dilakukan dengan cara kukus selama 20-30 minit atau sehingga daun nampak layu (Niezam Syahredza, 2020). Tekstur isinya yang lembut dan rasanya yang lemak manis membuatkan kuih tradisi ini digemari tidak kira peringkat umur. Kebiasaannya, juadah ini dijual pada harga sekitar Rm0.80 ke Rm1 sebiji. Menjelangnya bulan ramadan, kuih bongkol mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli kerana ianya merupakan antara makanan yang digemari oleh orang Sarawak untuk berbuka puasa selain daripada juadah seperti kuih takir, selorot, umai dan bubur pedas.