mcmc
Makanan

Makanan tradisi : Lemang Betawi

FB IMG 1509790195521
FB IMG 1509790195521 lemang-top lemang 20150620 110231
 

Perkara

Butiran

Nama pengusaha

Masni binti Ahim

Umur

59 Tahun

Alamat

No. 3817, Kampung Niup, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

No. Telefon

019-8556467

Waktu operasi

Waktu perayaan sahaja

Lemang betawi merupakan antara makanan tradisi Melayu. Juadah ini kebiasaannya menjadi antara menu istimewa yang dihidangkan sewaktu hari raya. Menurut Puan Masni, Lemang Betawi ini merupakan beras pulut yang dibungkus menggunakan daun pisang. Makanan tradisi ini dimakan bersama rendang daging, ayam kari, serunding mahupun pencecah manis yang lain seperti susu dan seri kaya. Untuk menghasilkan lemang betawi, beras pulut merupakan bahan utama untuk membuat lemang Betawi perlu dimasak bersama santan. Setelah pulut tadi masak, ianya akan dibungkus ke dalam daun pisang,pastikan pulut tadi tidak sejuk kerana apabila ianya sejuk susah untuk dicetakkan seperti lemang. Langkah seterusnya adalah apabila lemang sudah dibungkus tadi ia harus di kukus selama 1 jam hingga 2 jam untuk memastikan yang pulut tadi betul-betul sudah dimasak dengan selamat. Jika disimpan dengan baik dan kukus dengan lama, lemang betawi boleh bertahan selama tiga ataupun empat bulan. Lemang Betawi biasanya dijual dengan harga Rm10 2batang. Membuatkan makanan tradisi ini digemari oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat adalah oleh kerana aroma nya dikukus menggunakan daun pisang.