Maklumat NADI
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan samarahan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami. NADI merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan Samarahan diwujudkan untuk :
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti
- Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat
- Mendekatkan masyarakat dengan penggunaan komputer
- Memberi pendedahan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka
- Meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
- Latihan ICT percuma kepada pengguna (Ahli NADI berdaftar)
- Latihan Keusahawanan (Ahli NADI berdaftar)
- Akses internet
- Fotokopi, cetakan, pengimbas (scanning), binding, lamina (laminating)
- Menaip surat / kad jemputan / sticker
- Pengemaskinian Bantuan Kerajaan (STR), pendaftaran SPA91, Erecruitment Sarawak, dll.
- Perkhidmatan Smart Service – Program kemahiran Percuma seperti Mahir Masak, Mahir Fotografi, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian (Agri pintar)
KENALI PETUGAS NADI :
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan Samarahan diuruskan oleh dua orang petugas. Untuk menjadi petugas NADI, calon harus melalui beberapa proses tapisan sebelum dilantik secara sah menjadi petugas. Kenali petugas NADI Kampung Niup Pekan Samarahan :
|
PENGURUS |
PENOLONG PENGURUS |
![]() |
![]() |
|
Nama : Sariana binti Ismail |
Nama : Noraliza Binti Narudin |
|
No. Tel : 013-5635152 |
No. Tel : 017-2622052 |
|
Tarikh mula bertugas : 25 Januari 2025 |
Tarikh mula bertugas : 19 Mei 2023 |
JUMLAH KEAHLIAN:
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) Pekan Samarahan telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada 18 Januari 2010. Ramai yang telah mendaftar diri sebagai ahli NADI Kampung Niup Pekan Samarahan bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :
|
KEAHLIAN |
JUMLAH |
|
Ahli lama |
3548 |
|
Penambahan Ahli Baru April |
10 |
|
Keseluruhan pada April 2026 |
3558 |
Emel NADI Kampung Niup Pekan Samarahan adalah seperti berikut pekansamarahannadi@gmail.com. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan tentang aktiviti semasa yang dianjurkan oleh NADI dengan melayari portal NADI Pekan Samarahan dan media sosial di alamat berikut :
1) pekansamarahan.nadi.my
2) https://www.facebook.com/NADIKampungNiup/?locale=ms_MY
LAWATAN KERJA OLEH PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI
Bahagian ini memaparkan lawatan-lawatan yang telah diadakan oleh pihak pengurusan MSD Digital Intelligence ke Pusat NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan dari tahun ke tahun.
🗓️ Tahun 2023
LAWATAN SITE VISIT OLEH PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI MSD DIGITAL INTELLIGENCE
YBhg. Tan Sri Halim Shafie (Pengerusi MSD Digital Intelligence), Encik Adrian Abdul Ghani (Ketua Pegawai Eksekutif MSD Digital Intelligence), serta pihak pengurusan telah mengadakan lawatan site visit ke NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan pada pagi 25 September 2023. Pihak NADI Kampung Niup Pekan Samarahan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan serta sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan MSD Digital Intelligence.






🗓️ Tahun 2024
LAWATAN PENUH BERMAKNA DARIPADA CHIEF DEVELOPMENT OFFICER, DEVELOPMENT SECTOR, IR. AZIZI A. HADI
Lawatan penuh bermakna daripada Chief Development Officer, Development Sector, Ir. Azizi A. Hadi yang sudi berkunjung ke NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan pada pagi 28 Oktober 2024. Semoga dengan kehadiran beliau, inisiatif dan pembangunan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Niup, Pekan Samarahan terus diperkasa.






🗓️ Tahun 2025
KUNJUNGAN MENGEJUT DARIPADA PIHAK PENGURUSAN MSD DIGITAL INTELLIGENCE
NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan telah menerima kunjungan mengejut daripada pihak pengurusan MSD pada 19 April 2025. Terima kasih diucapkan kepada Encik Adrian Abdul Ghani (Ketua Pegawai Eksekutif MSD Digital Intelligence) dan Encik Ainul atas kesudian singgah ke pusat NADI kami.



🗓️ Tahun 2026
LAWATAN KERJA DAN SESI PERBINCANGAN BERSAMA CEO INETCARE
Lawatan penuh bermakna daripada Ir. Ts. Azizi A. Hadi yang sudi berkunjung ke NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan pada pagi 18 Mei 2026. Pihak beliau turut memilih NADI kami sebagai lokasi mesyuarat bersama kakitangan TSE Sarawak, sekali gus memberi penghargaan dan kepercayaan terhadap kemudahan serta peranan NADI dalam komuniti setempat. Semoga dengan kehadiran beliau, usaha dan pembangunan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Niup, Pekan Samarahan akan terus diperkasa demi manfaat masyarakat setempat.







