KDB, MEWARNA ONLINE & MOVIE DAY

Melatih diri peserta bijak menggunakan internet serta mematuhi peraturan ketika melayari internet. Menggunakan internet sebagai medium pembelajaran seperti “Learn English” dan melatih peserta mewarna secara atas talian bagi menguji kemahiran mewarna mereka.
Laporan April – KDB, MEWARNA ONLINE, MOVIE DAY
|
Tarikh : 23 April 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika melayari internet. Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Meningkatkan kemahiran mewarna peserta. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Meningkatkan penguasaan peserta dalam bahasa inggeris.
Aktiviti
Peserta juga diajar bagaimana cara melayari internet dengan betul. Etika peraturan menggunakan internet diterangkan oleh petugas kepada para peserta. Seterusnya peserta menonton tayangan video klik dengan bijak dan belajar Bahasa Inggeris menggunakan sumber youtube. Akhir sekali, peserta diuji mewarna secara atas talian di coloringpages4u.com.