USAHAWAN NADI KAMPUNG NIUP PEKAN SAMARAHAN ![]()
Hari ini kami berbesar hati menampilkan salah seorang usahawan inspirasi di bawah NADI — Puan Dayang Rajuna, usahawan kerepek yang semakin menyerlah dalam dunia keusahawanan.
Berbekalkan usaha gigih dan semangat yang tinggi, beliau kini menerima banyak tempahan daripada pelbagai agensi kerajaan, selain mendapat sokongan pelanggan setempat yang sentiasa menggemari produk beliau.
Kisah Puan Dayang Rajuna membuktikan bahawa kejayaan boleh bermula dari kampung, asalkan ada keazaman dan kesungguhan. Beliau juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak NADI.
Tahniah & terus maju jaya Puan Dyg Rajuna!Moga menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan NADI untuk terus melangkah lebih jauh.
#NadiKeusahawanan #UsahawanNADI #UsahawanSamarahan #KampungNiup #PengusahaKerepek