mcmc
Galeri Video

KISAH KEJAYAAN 2025 : NADI X KEUSAHAWANAN 

Puan Zunaidah binti Zamain merupakan antara ahli paling aktif di NADI Kampung Niup, Pekan Samarahan. Semangat beliau untuk belajar dan memajukan diri menjadikannya contoh inspirasi kepada komuniti setempat.

Sejak menyertai NADI, Puan Zunaidah telah mengikuti pelbagai program, termasuk Kelas Keusahawanan NADI x Keusahawan (EmpowerHer), Saringan Kesihatan, MAHIR Agri Pintar, dan juga berjaya mendaftar MyDigital sebagai persediaan menghadapi dunia digital masa kini. Setiap ilmu yang dipelajari dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengurus serta memperkembangkan perniagaannya.

Usaha gigih beliau turut menarik perhatian pemimpin setempat. Kedai beliau pernah menerima kunjungan daripada YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus menjadi bukti bahawa usaha kecil yang dilakukan dengan konsisten mampu membawa impak besar.

Puan Zunaidah adalah bukti bahawa wanita luar bandar mampu berjaya apabila diberi peluang, sokongan dan keberanian untuk terus melangkah ke hadapan. Semangat beliau wajar dijadikan teladan oleh masyarakat Kampung Niup.

#NADIXKEUSAHAWANAN #nadiempower #NADimalaysia