KISAH KEJAYAAN 2025 : NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Galeri Video | 4 December 2025

Kini kami ingin mengetengahkan Puan Hamida, seorang peserta yang pernah aktif dalam pelbagai program keusahawanan di NADI Kampung Niup Pekan Samarahan. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Mahir Masak Intake 1 yang menunjukkan prestasi cemerlang sejak awal penyertaan.

Dengan semangat belajar yang berterusan dan usaha yang tidak pernah putus, Puan Hamida kini berjaya mengembangkan kemahirannya sehingga mampu membuka kedai sendiri. Kejayaan ini membuktikan bahawa ilmu yang dipelajari, apabila dipraktikkan dengan tekad dan disiplin, mampu mengubah kehidupan seseorang.

Tahniah Puan Hamida. Teruskan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan usahawan lain yang ingin melangkah lebih jauh.

#NADIMalaysia #PembelajaranSepanjangHidup #MahirMasak #Keusahawanan #InspirasiUsahawan