Notis Penutupan Sementara NADI Kampung Niup Pekan Samarahan
Kepada semua komuniti yang disayangi,
Dimaklumkan bahawa NADI Pekan Samarahan akan ditutup buat sementara waktu bermula dari 15 MEI 2024 hingga 22 MEI 2024 atas sebab proses pembaikan yang sedang dijalankan. Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan fasiliti dan perkhidmatan kami berada dalam keadaan terbaik demi keselesaan dan keselamatan anda semua.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat penutupan ini dan sangat menghargai kesabaran serta sokongan anda semua sepanjang tempoh pembaikan ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat terkini, sila hubungi kami.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda semua

