Aktiviti kali ini adalah mengajak pengunjung PI untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dan paras gula secara berkala.
Laporan Mac – Pemeriksaan kesihatan
Tarikh : 2 Mac 2019 Masa :10.00 pagi – 11.30 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Membuat pemeriksaan tekanan darah dan paras gula kepada warga kampung dan pelajar. Pada masa yang sama, petugas PI turut dapat mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta seterusnya dapat menarik minat peserta untuk datang ke PI.
Aktiviti
Membuat pemeriksaan tekanan darah dan paras gula serta membuat akaun kesihatan kepada peserta yang tidak pernah membuat pemeriksaan.Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut diadakan.