PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
Kempen Internet Selamat (KIS) @ SK Pinang π»π
Pada 25 September 2025, jam 2.00 petang, NADI Kluster Samarahan dengan kerjasama beberapa NADI terlibat telah menjayakan Kempen Internet Selamat bersama 69 orang murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di SK Pinang, Samarahan.
Murid-murid diberi pendedahan melalui aktiviti interaktif dan perkongsian santai tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Antara topik yang diketengahkan termasuklah bahaya siber, etika berkomunikasi dalam talian serta penjagaan privasi diri.
π Respon murid? Ceria, bersemangat dan semakin sedar tentang keselamatan digital!
π― Tujuan utama? Menerapkan dalam diri mereka prinsip β βRagu-ragu, jangan sebarkan!β
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga sekolah, fasilitator serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi pelajar celik digital yang lebih berdisiplin dan beretika.
Turut sama menjayakan program:
πΉ NADI Tanjung Bundong
πΉ NADI Kampung Niup
πΉ NADI Kampung Sungai Mata
πΉ NADI Kampung Pinang
#KempenInternetSelamat
#SKPinang
#NADIKlusterSamarahan
#BijakDiAlamDigital
#RaguRaguJanganSebarkan
#PelajarCelikDigital
#ProgramBermanfaat2025








