Program yang diadakan pada 10 – 12 November 2025
NADI Malaysia menjemput seluruh komuniti untuk menyertai rangkaian program bermakna yang berlangsung pada 10 hingga 12 November 2025 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Pekan Samarahan. Program minggu ini merangkumi:
• DILEA: Sesi tuisyen pelbagai subjek dan video ulang kaji untuk persediaan peperiksaan.
• Wellbeing: Tip kesihatan sempena World Diabetes Day, webinar kencing manis, serta siri Power Kids: 60 Saat Burn.
• MAHIR: Pelbagai kelas kemahiran seperti memasak, fotografi, jahitan, gajet dan pertanian pintar.
Ayuh bersama kami membina komuniti lebih sihat, berkemahiran dan berdaya saing.
NADI Malaysia — Menggerakkan Potensi Anda.
