Pertandingan Membuat Kad Hari Raya (Microsoft Office Publisher)

Peserta dilatih menggunakan Microsoft Office Publisher untuk membuat kad hari raya. Peserta juga menggunakan internet sebagai saluran untuk mencari maklumat dan idea yang kreatif untuk mencipta kad. Peserta menggunakan internet dengan bijak untuk mendapatkan maklumat yang diperolehi dan bagi menghasilkan kad yang menarik.
Laporan Jun – Pertandingan Membuat Kad Hari Raya (Publisher)
|
Tarikh : 4 JUN 2018 Masa : 9.30 Pagi – 11.30 Pagi Lokasi : PI1M Pekan Samarahan Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Menguji kreativiti para peserta dalam mencipta kad raya menggunakan software Microsoft Office Publisher. Menguji kemahiran menyimpan dan memasukkan imej dalam kad. Memupuk kemahiran penguasaan komputer para peserta. Menguji kefahaman peserta dalam kelas yang dipelajari sebelum ini. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah minat para peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan di PI1M.
Aktiviti
Peserta dipandu cara untuk membuat kad hari raya di google. Petugas memberikan sedikit penerangan sebelum pertandingan dimulai. Selepas itu mereka akan mula membuat kad Hari Raya dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Peserta menyiapkan kad masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Mereka bebas memilih corak atau design yang mereka minat dan tidak lari daripada tema yang diberi. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.