Penglibatan peserta dalam aktiviti ini dapat memupuk minat mereka agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada mereka terhadap kewujudan PI Pekan Samarahan. Kesedaran para peserta untuk memanfaatkan kemudahan internet dengan bijak dan berhemah juga dapat disemai. Dalam masa yang sama, aktiviti yang diadakan turut mampu meningkatkan pengetahuan peserta tentang Dashboard Komuniti melalui pertandingan kuiz online. Malahan, kreativiti peserta dapat diasah melalui penglibatan mereka dalam aktiviti sukaneka.
Laporan November (Tayangan Video KDB dan Aktiviti Sukaneka)
Tarikh : 6 November 2018 Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Penglibatan peserta dalam aktiviti ini dapat memupuk minat mereka agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada mereka terhadap kewujudan PI Pekan Samarahan. Kesedaran para peserta untuk memanfaatkan kemudahan internet dengan bijak dan berhemah juga dapat disemai. Dalam masa yang sama, aktiviti yang diadakan turut mampu meningkatkan pengetahuan peserta tentang Dashboard Komuniti melalui pertandingan kuiz online. Malahan, kreativiti peserta dapat diasah melalui penglibatan mereka dalam aktiviti sukaneka.
Aktiviti
Pada permulaan aktiviti, peserta diajak menonton video Klik Dengan Bijak dan video berkenaan Dashboard Komuniti. Penayangan video berdurasi 15 minit itu berupaya menambahkan pengetahuan peserta tentang penggunaan kemudahan internet secara bijak dan berhemah serta membolehkan mereka lebih tahu akan kegunaan Dashboard Komuniti. Selepas itu, petugas mengadakan pertandingan kuiz online kepada para peserta. Soalan kuiz itu berkisar tentang video yang telah mereka tonton. Setelah tamat kuiz online, diadakan pula sukaneka baling getah. Dalam permainan itu, para peserta dikehendaki membaling getah atas daripada garisan yang telah ditanda. Getah yang berjaya ditindihkan dua setelah dibaling akan dikira sebagai satu mata. Peserta yang berjaya memperoleh banyak mata akan dikira sebagai pemenang. Sukaneka seterusnya adalah pertandingan mengalihkan bola pingpong menggunakan chopstick. Dalam acara ini, peserta diminta mengalihkan bola pingpong daripada satu pinggan kertas ke pinggan yang lain. Masa peserta melakukan acara itu akan direkodkan. Peserta terpantas yang melakukan aktiviti itu akan dikira sebagai pemenang. Di akhir sukaneka, para pemenang diumumkan dan hadiah telah disampaikan kepada para pemenang.